Masihkah...

>> Sunday, March 14, 2010



Nasihat tidak akan berguna bagi orang yang menjadi tawanan hawa nafsunya, telah terkunci kalbunya, sesat dari jalan kebenaran.

Ia mendengar seruanmu, kerana ia memang hidup, tetapi hidupnya tidak mengerti apa-apa.

Api jika engkau tiup ia akan menyala. Akan tetapi tiupanmu akan sia-sia bila mana yang engkau tiup itu adalah pasir.

(Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad)

Read more...

Al-Fatihah


Blog yang sudah berdebu setelah sekian lama daku tidak mengupdatenya..

AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM SYEIKHUL AZHAR FADHILAT AL-IMAM AL-AKBAR DR. MUHD SAYYID TANTAWI telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT memanfaat ilmu beliau bagi seluruh umat Islam, dan semoga Allah SWT mengampuni beliau dan menempatkan beliau ke dalam syurga-Nya birahmatika ya arhamar rahimin...

AL-FATIHAH..

Read more...

Buatlah....pilihan...?

>> Monday, January 18, 2010




.....memang kita iginkan yang terbaik untuk dunia dan akhirat, namun kekadang pilihan kita itu merupakan ujian dan sering menjadi mimpi buruk kita.....

Pengunjung yang dirahmati Alah,


Memang hidup ini tidak kering dengan kesibukan yang tidak dapat dielakkan dan betapa pun kita mengurus waktu dengan sebaiknya namun kita masih lemah lagi untuk dapat mengurus seperti yang dilakukan para nabi dan anbiya’.

Justeru kelemahan inilah yang mengajar kita betapa perlunya kita sentiasa perbaharui niat agar apa yang kita buat semata mata dengan tujuan ubudiyah kepada Allah dan semestinya sebagai manusia kita sering gagal dalam melaksanakan masuliyah yang begitu banyak terpikul.

Sebab itu segala kerja buat kita harus kita mendahuluinya dengan awlawiyat yakni keutamaan, agar pilihan kerja yang kita buat itu menepati perencanaan mengikut susun atur yang baik dan sebagai hamba Allah segala perancangan dan susun atur adalah sebahgian dari ajaran deen ini untuk kita laksanakan agar kerja kerja yang kita lakukan menatijahkan kesempurnaan!

Kita yang membuat pilihan dalam hidup ini.

Jadi pilihlah yang terbaik.

Kerana sebagai mukmin biasanya kita mengunakan neraca Allah untuk membuat sesuatu pilihan!

Jika jalan dakwah ini adalah pilihan utama kita maka jadikanlah jalan ini sebagai sesuatu yang penting yang harus kita hargai dan buatlah sebaik baiknya dengan penuh jiddiyah dan iltizam dengan nya.

Laksanakanlah ia dimana saja kita pergi dan dimana saja kita berada kerana kalimah tauhid yang ingin kita tebarkan ini tidak mengira bumi dan angkasa. Tidak mengira masa dan tempat. Dalam susah atau dalam senang. Dalam tawa atau dalam rendaman airmata.

Renangilah lautan dakwah ini hingga kita sampai kepelabuhanNya.

Dan insyaalah kita akan mendapati sesuatu yang amat tenang dari hidup ini kerana hidup kita hari ini adalah hasil dari pilihan hidup kita kelmarin dan hidup yang kita buat esok adalah pilihan yang kita buat hari ini.

Marilah kita putuskan apa yang kita pilih tanpa ragu ragu asalkan apa yang kita pilih itu tidak menyalahi kehendak Allah yang kita cinta, kerana selalunya terdapat berbagai pilihan dalam hidup ini dalam apa pun situasi dan keadaan kita!

Kenapa kita harus takut membuat pilihan kerana didalam kehidupan kita, kita akan sentiasa menemui dua jalan seperti firman Allah:

.dan kami telah menunjukan kepadanya dua jalan,(jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan keburukan untuk dijauhi)

Dalam pada itu manusia ( memmilih jalan kebaikan ) merempuh masuk mengerjakan amal amal yang tinggi darjatnya disisi Allah )

[Surah :Al-Balad ]

Oleh itu jangan kita ragu ragu dalam memilih, dan takut gagal dalam memilih!

Seandainya hati kita amat cenderung kepada sesuatu pilihan itu, jangan kita lupa untuk memohon kepada Allah agar diberi kekuatan kerana ….

….orang yang sebenarnya berjaya adalah lebih banyak gagal dalam hidupnya justru kerana dia banyak mencuba dan bangun kembali.

Allah SWT telah menjanjikan kejayaan tanpa batas untuk kita semua dan raihlah dari janji Allah itu dengan apa yang disenangiNya!

Gantungkanlah cita cita kita setinggi langit kerana cita cita itu adalah doa dan sama sama kita berdoa untuk meraih kebahagiaan yang mendatang.

Read more...

Ingatkah kita......?

>> Monday, January 11, 2010




Daripada Abu Hurairah ra, Nabi bersabda: ‘Perbanyakkan mengingati perkara yang memutuskan kelazatan iaitu mati’

Banyak ingat mati tidak bermakna anda berhenti kerja, mengambil tempat di sudut masjid, membilang biji-biji tasbih sambil menunggu Malaikat Maut datang menjemput. Banyak ingat mati sebaliknya menjadikan anda memahami hakikat hidup dan menjadi manusia hebat di sisi Allah. Di antara faedah banyak ingat mati ialah:

1. Kurangkan rasa tamak haloba mengumpulkan dunia yang tidak bermanfaat untuk Akhirat. Jika kelihatan zahirnya dunia, tetapi ia membawa manfaat untuk Akhirat ia digalakkan.

2. Beri peluang sempurnakan tuntutan Tuhan yang belum selesai dan sempurna.

3. Cari bekalan sebanyak mungkin mengadap Allah.

4. Pendekkan angan-angan dalam perkara melalaikan dari Allah.

Ingatkan mati juga bererti ingat azab kubur dan nikmatnya kerana ia tempat persinggahan pertama selepas mati. Selamat di kubur, di Akhirat lebih mudah. Sengsara di kubur, di Akhirat bertambah berat. Ingatlah tempoh kita berada di alam barzakh jauh lebih lama dari tempoh kita berada di atas dunia.

Khulafa ar-Rashidin-Abu Bakar, Umar, Usman, Ali adalah orang yang biasa menangis di kuburan hingga membasahi janggut. Jiwa mereka lembut tetapi inilah orang yang tegas melaksanakan Islam dan keadilan ketika menjadi khalifah.

Jiwa kita sebaliknya... Tak pernah menangis di kuburan, jiwa kita keras tetapi kita sangat ‘berlembut’ dengan prinsip Islam sendiri sehingga menggadai Islam.

Read more...

Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan 2010. Apa petandanya?

>> Friday, January 1, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


Fenomena gerhana bulan separa telah berlaku Jumaat lalu, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi.

Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja.

Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.



Kita tidak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.



Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.



Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan tahun baru 2010 yang telah pun berlalu.

Read more...

Maher _Zain ( tomorow free palestine )

>> Wednesday, December 23, 2009

Salam bahagia untuk semua....

Sejauh manakah kita bersyukur atas kurnian-Nya....Marilah kita sama-sama menghayati lagu ini.. Semoga ia menjadi wadah untuk kita untuk terus berjuang. Sentiasalah kita berdoa untuk kesejahteraan umat islam amnya...
















Read more...

Salam Maal Hijriah 1431

>> Friday, December 18, 2009


Pergantian tahun baru Islam, 1431 Hijriah, adalah merupakan perjalanan waktu seorang muslim dari masa lalu yang penuh dengan kenangan menuju ke masa sekarang yang penuh harapan.

Masa lalu , tahun 1430 H, telah berlalu meninggalkan berbagai kenangan bahagia, pahit dan getir bersama keluarga, kerabat, tetangga dan rakan-rakan di perantauan, serta orang-orang tercinta.


Ada perasaan bahagia, ada duka, ada marah, ada sunyi dan senyap serta segala macam perasaan yang sentiasa mengisi lembaran hidup kita masing-masing sebagai sebuah sejarah baik secara individu maupun sebagai anggota masyarakat yang akan kita tutup.

Tahun 1431 H, adalah masa dimana kita akan membuka kembali lembaran hidup kita yang baru.

Sudah Puluhan kali kita menutup dan membuka lembaran hidup yang merupakan sejarah hidup kita, apa yang akan kita pertanggungjawbkan dihadapan Allah pada hari kemudian nanti.

Namun, adakah kita sudah melakukan Muhasabah atau hisab untuk diri kita, menghitung dan menimbang amal-amal perbuatan yang telah kita lakukan sepanjang sejarah hidup kita ?. Apakah seluruh aktiviti kita di tahun-tahun yang sudah, yang berhubungan dengan Allah S.W.T dan Manusia umumnya (mu’amalah) telah membuat kita semakin dekat kepada Allah atau semakin jauh dari Allah ?


Allah SWT berfirman : “ Bacalah lembaran (kitabmu), cukuplah engkau sendiri hari ini melakukan perhitungan atas dirimu “ (Surah: Al-Isra' 14)

Muhasabah diri perlu kita lakukan setiap saat kerana dekatnya jarak (maqam) seorang hamba kepada Sang khaliq sentiasa berubah-ubah dari masa ke masa ,bergantung pada ukuran kecintaan hambanya kepada Sang Khaliq mahupun kecintaan Sang Khaliq kepada hambanya.

Kecintaan kepada Sang Khaliq mestilah dengan ketaatan kita atas segala perintah dan larangan-Nya. Amal kebaikan akan mendekatkan kita kepada Allah sebaliknya, jika kita melakukan kemaksiatan jarak kita akan semakin jauh dari Allah.

Allah SWT berfirman : “ Diantara Orang-orang arab badui itu terdapat orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta menafkahkan hartanya (disedekahkan) sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai jalan untuk mendapatkan doa’ Rasulullah.” (Surah: At-Taubah 99)

Sabda Rasulullah : “ Sesungguh Allah berfirman : ”Tak henti-hentinya seorang hamba-Ku mendekati diri kepada-Ku dengan perbuatan-perbuatan sunah hingga Aku mencintainya.”

Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah, adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw. bahwa beliau bersabda, ‘Tidak akan bergerak tapak kaki ibnu Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara; umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya,
hartanya darimana ia memperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, dan ilmunya sejauh mana pengamalannya. (HR. Turmudzi)


Ahkirnya, marilah kita sama-sama mendekatkan diri pada Allah, marilah kita mencintai Allah, marilah kita mengerjakan segala perintah Allah yang wajib mahupun yang sunat, meninggalkan larangan-Nya yang haram mahupun yang makruh.

Marilah kita mendekatkan diri pada yang Esa. Untuk itu sama-sama lah kita muhasabah diri kita, Firman Allah: " Mereka itulah yang akan menerima lembaran sejarah hidupnya dengan tangan kanannya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun". ( Surah: Al- Isra' 71)



" If you can't measure it, you can't manage it "

Read more...

Doa Ahkir tahun dan Awal Muharam

>> Wednesday, December 16, 2009

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Doa Akhir Tahun

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.

Mafhumnya;

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...



Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun:



Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Mafhumnya;

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."




Read more...

>> Saturday, December 5, 2009

Baca slowly dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,

"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,



FAMILY

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



" HARGAILAH KELUARGA ANDA "


Read more...

selamat hari raya korban

>> Thursday, November 26, 2009


Selamat menyambut Hari Raya korban 1430 Hijriyyah buat semua Umat Islam di seluruh dunia, tidak dilupankan keluarga tersayang dikampung.


# Selamat Hari Raya Aidiladha

# SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

# Selamat hari raya aidil adha


Read more...

Labbaikallahumma labbaik............

>> Thursday, November 19, 2009



Labbaikallahumma labbaik.. Labbaikala syariikalaka labbaik.. Innalhamda.. Wa nni'mata.. Laka wal mulk.. Laa Syariikalak..


Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasullullah, Nabi kita Muhammad s.a.w. dan seterusnya kepada keluarga dan seluruh sahabatnya.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :



“Ertinya : Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yakni : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.



Allah S.W.T berfirman :


وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).




Dari Abî Bakrah radhiyallâhu ‘anhu, dari Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda : “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah.” (Muttafaq ‘alaihi).



Disini aku ingin mengucapkan selamat jalan pada sahabat yang diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk mengerjakan seruan Ilahi....Semoga kalian mendapat haji yang mabruur disisi Allah s.w.t.


Aku memohon padaMu ya Allah, semoga Engkau juga memberi peluang padaku seperti mana Engkau memberi peluang pada sahabat-sahabat ku, Ya Allah sampaikanlah aku juga ke sana...Amin


Read more...

MaafkanKU Teman

>> Monday, November 16, 2009



Yang jauh dirindu
Berkirim salam berpesan selalu
Tersemat di hati
Pahit manis hidup yang dilalui

Saling bermaafan
Bersama eratkan silaturrahim
Bersyukur kita atas rahmat-Nya
Di hari mulia

Salam kemaafan
Diiringi salam kerinduan
Bagaikan cahaya
Menerangi alam kegelapan


Lama sudah tidak berpandangan
Terasa rindu kian mencengkam
Biarlah di hari mulia ini
Bertemu kembali


Salam dihulur maaf dipinta
Moga terlerai segala dosa
Biarlah tersambung semula
Ikatan kita

Ku bersyukur di atas rahmat-Nya
Ku bersyukur di atas nikmat-Nya
Agar menjadi keberkatan


BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri

Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!


Read more...

>> Friday, November 13, 2009



Andainya hari ini kita melihat jatuhnya dedaunan di pohon.Maka ingatlah satu masa nanti akan sampai jua kita di waktu itu. Serta sedarlah kita, kehidupan yang abadi bukanlah di alam ini. Betapa kehidupan dunia ini seiring menghambat diri kita agar suka kepadanya.

Oleh kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. Sedarlah kita rupanya bukan mudah untuk masuk ke syurga. Perjalanan di dunia ini tanpa mujahadah tidak mampu mempunyai sifat qanah, zuhud, takwa.

“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikianlah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. Begitu jualah Allah swt ketika Allah SWT memerintahkan Jibril as melihat syurga;

Allah SWT bertanya kepada Jibril, “ Bagaimanakah pandangan engkau wahai Jibril setelah engkau melihat syurga ciptaanKu?”.

Maka dijawab oleh Jibril as, “ Maha suciMu ya Allah, bahawa pasti setiap hambaMu yang melihat syurga berkeinginan agar dimasukkan ke dalamnya, namun aku khuatir tiada seorang pun yang akan dapat masuk ke dalamnya”. Ini adalah kerana syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai nafsu.

Lalu Jibril diperintahkan pula supaya Jibril melihat neraka, lalu berkata Jibril as, Maha suciMu ya Allah, aku khuatir tidak ada seorang pun dari hambaMu yang akan terselamat dari neraka”. Ini adalah lantaran neraka yang dipagari Allah dengan perkara-perkara yang amat disukai oleh nafsu.

Maka tidak hairanlah mengapa hamba-hamba Allah hidupnya di dunia penuh dengan kesulitan dan dugaan kerana Allah ingin melihat sejauhmana hati ini benar2 BERIMAN kepada-Nya. Alangkah PaHiTnYa MatA DuNia KeRana ManisNya SyuRga Allah.



Read more...

Tidooooooo.......zzzzzz

>> Tuesday, November 10, 2009

Tidur yang cukup adalah salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang lebih segar dikala bangun keesokan paginya. Hal ini disebabkan ketika tidur kulit wajah Anda memiliki banyak waktu untuk 'memerbaiki dirinya sendiri'. Juga beristirahat dari aktiviti muka seperti tersenyum, berkedip, dan ekspresi lainnya.

Menurut Tina Alster MD, seorang ahli kulit dari Washinton, selain tidur cukup Anda juga boleh membantu kasehatan kulit dari luar. Caranya, setelah membersihkan wajah, untuk kulit yang kering Anda boleh mengunakan petroleum jelly yang kini dijual dan tersedia di salon salon kecantikan. Untuk kulit berminyak, Anda bisa menggunakan serum noncomedogenic yang juga banyak tersedia di salon kecantikan

Untuk mata letih dan bengkak .

Terkadang apabila Anda bangun tidur, Anda mendapati mata yang bengkak. Untuk menghindari hal ini, oleskan dulu krim untuk mata dan beri pijatan lembut di daerah sekitar mata sebelum berangkat tidur. Lalu tidurlah di atas beberapa bantal. Tambahkan jam tidur Anda menjadi delapan jam, tidak kurang tidak lebih.

Mata bengkak bukan dikerana terlalu lama tertidur, sebenarnya tidur membantu mengurangi mata yang bengkak. Jika Anda masih mendapati mata yang bengkak saat bangun tidur, itu mungkin disebabkan alergi terhadap sesuatu. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasehat.

Rambut yang berkilat.

Tidur juga memberikan impak yang baik pada rambut iaitu membuat rambut semakin berkilau. Tapi kerana gesekan bantal dan gerakan tubuh dimasa tidur, membuatnya kelihatan berantakan disaat bangun. Jika Anda tak menginginkan hal tersebut, gunakanlah masker untuk rambut lalu tutup lah dengan shower cap dan setelah bangun tidur cucilah rambut dengan sampo dan kondisioner.

Read more...

Super Sunday

>> Sunday, November 8, 2009

saksikan...kehebatannya....bersama....



Chelsea

VS

Man United

Stadium
Stamford Bridge
16:00


live di......http://www.atdhe.net/

Read more...

Bersediakah Kita?

>> Friday, November 6, 2009



Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang tuan-tuan tangisi boleh berbicara sekejab, lalu menceritakan ( pengalaman sakaratul mautnya) pada tuan-tuan, nescaya tuan-tuan akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri tuan-tuan sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).

Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.

Katakanlah: " Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati". (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di sebalik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, meskipun pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.

Katakanlah: " Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan ". (QS al-Jumu’ah, 62: 8)

4. Kematian
datang secara tiba-tiba.

" Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ". (QS, Luqman 31:34)

5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat;

" Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan ". (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : " Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang ". (HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW : " Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menucuk di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bahagian kain sutera yang terobek ?" (HR Bukhari)

Pendapat para sahabat Rasulullah SAW .

Ka’b al-Ahbar r.a berpendapat : " Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itu pun membawa semua bahagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa itu ".

Imam Ghazali rah, berpendapat : " Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut meruntum jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerai-ceraikan dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki ".

Imam Ghazali rah juga mengambil satu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka boleh mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang wanita yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata wanita tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”

Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran masa seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang.

Rasa sakit sakaratul maut akan di alami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkatan rasa sakit, ini tidak berkait dengan tingkatan keimanan atau kezaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak.

Demikianlah perancangan Allah. Wallahu a’lam bis shawab.

Sakaratul Maut Orang-orang Zalim

Imam Ghazali mengambil satu riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran rupa Malaikatul Maut sebagai seorang lelaki bertubuh besar berkulit gelap, rambut menegak, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pengsan tidak sadarkan diri. Setelah sedar Ibrahim as pun berkata bahawa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari semua itu.

Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zalim, si malaikat akan berkata, “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! “ Ketika itulah orang itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.

Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”.

Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan seksa neraka”. Naudzu bila min dzalik!

Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa

Sebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahawa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda yang tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan "
. (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)

Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan surga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.

Semoga Allah memberikan taufik untuk kita amal dan sampaikan.....insaAllah bersambung.......

Read more...

Mujahadahnya Musim Sejuk

>> Wednesday, November 4, 2009


Salam …

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan

Meniti hari-hari yang menjelma semakin hari semakin sejuk. Beginilah kehidupan kita sebagai hambanya, sentiasalah bersyukur atas kurnianNya. Allah sentiasa menyempurnakan pada hamba kenikmatan dunia jka hambanya bersyukur. Begitulah kesempurnaan sifat Pencipta untuk hamba-hambanya yang bersyukur.



Ada pun permulaa musim sejuk, sejuknya tidaklah sampai tahap negetif.. tapi sejuknya dapat dirasai sehingga dalam tulang .... terutama ketika tersentuh air...hanya Allah sahaja yang tahu, kemuncak musim sejuk biasanya pada bulan 1 and 2 … dan sekarang, awal permulaan musim sejuk...



Berada di musim sejuk sememangnya memerlukan mujahadah yang lebih berbanding waktu musim yang lain..mujahadahnya bila hendak bangun subuh, hendak pergi kuliah..ooo, itulah mujahadahnya. Tapi kita sebagai hambanya tidak boleh mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan, kita mestilah bersedia untuk berkorban untuk mendapat kenikmatan akhirat kelak.


Azan subuh berkumandang.. ...katil tetap memangil, sarutoga setia menanti..bagunlah wahai anak Adam, ambillah, wudhu’ kembalilah pada fitrah kewujudan asalmu,



Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”


..walaupun diluar sana bagaikan ice yang sedang membeku..pergilah ke rumah Allah..sebaik-baik rumah yang menjadikan kita satu jemaah, satu fikrah yang tidak dapat dipisahkan mahupun dileraikan..



Ini hanyalah setitis dugaan, maralah kehadapan, nescaya bergunung-gunung cabaran yang akan menantimu dihadapan… rasailah kemanisannya selepas mu beramal..Itulah sebaik-baik kemanisan beramal, bagi yang ikhlas beramal..

Sama-samalah bermujahadah dalam beramal pada musim sejuk yang mendatang.....Ikhlaskanlah niat...


....Amin...

Read more...

Ya Allah...

>> Thursday, October 29, 2009


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata dusta
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah...
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanku
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk di atas DuniaMu ini
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaan sahabat-sahabat seperjuaganku..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragam hidup didunia yang penuh cabaran....

Ya Allah...
Tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu...

Ya Allah....
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku....
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
keterlanjuranku.....

Ya Allah...
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan
yang Engkau redhai... Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
hambaMu.. Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu...
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu...



Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu...

Ya Allah....
Kuatkan hati dan semangatku...
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu...
Jadikanlah aku hamba yang disenangi...
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu...
Bimbinglah aku menjadi hamba yang Soleh...
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan...
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu...
Kerana aku sedar hinanya aku...
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru...
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu...
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu...
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati
hamba yang dikasihi
hamba yang soleh
hamba yang sentiasa dihatiku dekat padaMu...

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."

Read more...

Lamat Hari Lahir

>> Tuesday, October 27, 2009


Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.....

Alhamdulillha...post kali aku ingin tujukan khas pada sahabat.....yang tidak tercinta heeee..... sahabat aku nei, bagaikan sahabat sejati lah...huuu. Pepatah ada mengatakan " Air yang di cincang tidak akan putus " Begitulah ibarat aku dengan sahabat aku nei....heee..

Hari ini genaplah 22 tahun umur sahabatku, nama ringkas ya.. "Pa "...aku pun sebenarnya kurang pasti tarikh yang tepat, yang pastinya bulan nei lah ...tapi buat2 ingatlah..takut terasa la pulak hati member nei hee.. InshaAllah akan ingat yang akan datang,...heeee

Aku disini hanya ingin mengucapkan selamat lahir...tu jelah...satu lagi.. dan seterusnya...Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh bukan koleh. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga menjadi hamba yang kasih pada Ilahi.

Semoga menjadi sahabat yang sejati. Semoga menjadi sahabat yang sangat disayangi oleh semua dan bukan dibenci..huuu. . Semoga hidup sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. Semoga sentiasa di bawah lambayan Allah s.w.t . Amin.”

Read more...

Ukhwah Dengan bola

>> Saturday, October 24, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.....

Selautan Kesyukuran buat Allah, tuhan seluruh alam..Dialah satu-satunya penganugerahan inspirasi diri. Pemberi nikmat bagi insan yang bersyukur. Pengurnia imbalan bagi hamba yang bertaqwa yang tekal berpegang dan beramal dengan syariat.

Ukhuwah adalah anugerah tiada terhingga yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan mengatakan “ Ukhuwah merupakan kekuatan iman yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, cinta, penghormatan dan rasa saling tsiqah ( baca; saling percaya), terhadap seluruh insan yang memiliki ikatan aqidah Islamiyah yang sama dan juga yang memiliki cahaya keimanan dan ketaqwaan...“




Hari demi hari.....oooo.. Pagi yang begitu mengodai jiwa untuk terus melelap mata yang masih dahagakan...suapan tidur.. aku tidak mudah ternodai akan pangilan itu....kerana sahabat, ukhwah aku gagah jasad ini... hendak menolak pelawaan sahabat, takut tersinggun hati la pulak....kira mudah la...aku setuju je..


Nak thu ke mana?itu yang aku nak beritahu nei..
kawan aku nei mengajak aku untuk bermain bola....hendak kata aku pandai, tak la jugak...bolehla sekadar cristiano ronaldo , messi...huuuu...

~ otai-otai dimesir ~

Tujuan bermain bukanlah untuk berlawan untuk mendapat piala, tapi sekadar...meraikan...otai-otai yang dah lama tinggal di mesir bagi merapatkan lagi ukhwah diantara kami. Dia orang pun dah nak pulang....maklumlah sudah lama megembara mencari ilmu yang hakiki. Munkin sudah sempurna ilmu dicari...

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat : 10)

Sabda Rasulullah SAW :

Tidak seorang muslim memutuskan silaturrahmi dengan saudara muslimnya lebih dari tiga malam yang masing-masingnya saling membuang muka bila berjumpa. Yang terbaik diantara mereka adalah yang memulai mengucapkan salam kepada yang lain.(H.R. Bukhari dan Muslim).

Mereka semua nei bagaikan permata buat kami, banyak mengajar kami selok belok kehidupan di sini yang begitu mencabar.....bagi aku, kehidupan dimesir nei sangatlah mencabar, jika mereka pergi, hati kami semua bagaikan...di perah asam limau..heee.. tidak sedih pun..tapi buat-buat sedihla..heee. Kalau buat air limau nipis sedap jugak....huuu..


Ada dikalangan mereka semua, sudah sepuluh tahun tinggal di mesir...ish-ish sememangnya hebat laaa, memang otailah.....ada juga lapan tahun, lima tahun dan seterusnyalah...bagi diriku tidak selama itu..aku berharap dengan adanya perlawanan bola seperti ini, ianya dapat lagi mengukuhkan silaturrahim bukanlah di mesir sahaja, tapi di malaysia pun uhkwah ini tetap terjalin....

ukhwah disemai

Aku sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua....sampaikanlah ilmu yang ada pada diri kita, selagi mana hayat dikandung badan.....teruskanlah berjuang menegakkan agama Allah...... ..takbir Allahuakbar...


Read more...

Seloka.....

" Allah besumpah demi waktu dhuha dan demi
malam apabila telah sunyi,
Sesungguhnya Allah tidak pernah
meninggalkan dan membenci hamba-Nya,
Kelak, Allah akan memberikan kurnian-Nya dan
hatimu pasti akan melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan bingun lalu Allah
melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan buntu lalu Allah
memberi petunjuk,
Dan dia mendapatimu dalam serba
kekurangan lalu Dia mencukupkan.."

Al-quran sentiasa diHati

Bacalah al-quran , penawar segala penyakit... Yang membawa kita kepada kehidupan para sahabat yg sentiasa dekat dengan quran... Penerang hati untuk kita sebagai umat islam... Pendokong untuk agama.. hujah keatas kaum kufar....
same2 lah kita mencari nur kehidupan dengan membaca quran...Amin.....

~Moga kasihkan kekal tersemai dibatas iman~

" Hiasilah dirimu dengan kebijaksanaan Aishah, Kekudusan cinta Rabiah, Ketulusan kasih sayang Khadijah, Kepewiraan Khaulah As-Syahidah.."

  © Hakciptaan Terpelihara The Professional Template by @ibnurusdeiy 2009

Back to TOP