Mujahadahnya Musim Sejuk

>> Wednesday, November 4, 2009


Salam …

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan

Meniti hari-hari yang menjelma semakin hari semakin sejuk. Beginilah kehidupan kita sebagai hambanya, sentiasalah bersyukur atas kurnianNya. Allah sentiasa menyempurnakan pada hamba kenikmatan dunia jka hambanya bersyukur. Begitulah kesempurnaan sifat Pencipta untuk hamba-hambanya yang bersyukur.



Ada pun permulaa musim sejuk, sejuknya tidaklah sampai tahap negetif.. tapi sejuknya dapat dirasai sehingga dalam tulang .... terutama ketika tersentuh air...hanya Allah sahaja yang tahu, kemuncak musim sejuk biasanya pada bulan 1 and 2 … dan sekarang, awal permulaan musim sejuk...



Berada di musim sejuk sememangnya memerlukan mujahadah yang lebih berbanding waktu musim yang lain..mujahadahnya bila hendak bangun subuh, hendak pergi kuliah..ooo, itulah mujahadahnya. Tapi kita sebagai hambanya tidak boleh mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan, kita mestilah bersedia untuk berkorban untuk mendapat kenikmatan akhirat kelak.


Azan subuh berkumandang.. ...katil tetap memangil, sarutoga setia menanti..bagunlah wahai anak Adam, ambillah, wudhu’ kembalilah pada fitrah kewujudan asalmu,



Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”


..walaupun diluar sana bagaikan ice yang sedang membeku..pergilah ke rumah Allah..sebaik-baik rumah yang menjadikan kita satu jemaah, satu fikrah yang tidak dapat dipisahkan mahupun dileraikan..



Ini hanyalah setitis dugaan, maralah kehadapan, nescaya bergunung-gunung cabaran yang akan menantimu dihadapan… rasailah kemanisannya selepas mu beramal..Itulah sebaik-baik kemanisan beramal, bagi yang ikhlas beramal..

Sama-samalah bermujahadah dalam beramal pada musim sejuk yang mendatang.....Ikhlaskanlah niat...


....Amin...

0 comments:


Seloka.....

" Allah besumpah demi waktu dhuha dan demi
malam apabila telah sunyi,
Sesungguhnya Allah tidak pernah
meninggalkan dan membenci hamba-Nya,
Kelak, Allah akan memberikan kurnian-Nya dan
hatimu pasti akan melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan bingun lalu Allah
melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan buntu lalu Allah
memberi petunjuk,
Dan dia mendapatimu dalam serba
kekurangan lalu Dia mencukupkan.."

Al-quran sentiasa diHati

Bacalah al-quran , penawar segala penyakit... Yang membawa kita kepada kehidupan para sahabat yg sentiasa dekat dengan quran... Penerang hati untuk kita sebagai umat islam... Pendokong untuk agama.. hujah keatas kaum kufar....
same2 lah kita mencari nur kehidupan dengan membaca quran...Amin.....

~Moga kasihkan kekal tersemai dibatas iman~

" Hiasilah dirimu dengan kebijaksanaan Aishah, Kekudusan cinta Rabiah, Ketulusan kasih sayang Khadijah, Kepewiraan Khaulah As-Syahidah.."

  © Hakciptaan Terpelihara The Professional Template by @ibnurusdeiy 2009

Back to TOP