Mujahadahnya Musim Sejuk
>> Wednesday, November 4, 2009
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan
Ada pun permulaa musim sejuk, sejuknya tidaklah sampai tahap negetif.. tapi sejuknya dapat dirasai sehingga dalam tulang .... terutama ketika tersentuh air...hanya Allah sahaja yang tahu, kemuncak musim sejuk biasanya pada bulan 1 and 2 … dan sekarang, awal permulaan musim sejuk...
Berada di musim sejuk sememangnya memerlukan mujahadah yang lebih berbanding waktu musim yang lain..mujahadahnya bila hendak bangun subuh, hendak pergi kuliah..ooo, itulah mujahadahnya. Tapi kita sebagai hambanya tidak boleh mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan, kita mestilah bersedia untuk berkorban untuk mendapat kenikmatan akhirat kelak.
Azan subuh berkumandang.. ...katil tetap memangil, sarutoga setia menanti..bagunlah wahai anak Adam, ambillah, wudhu’ kembalilah pada fitrah kewujudan asalmu,
Firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ
“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
..walaupun diluar sana bagaikan ice yang sedang membeku..pergilah ke rumah Allah..sebaik-baik rumah yang menjadikan kita satu jemaah, satu fikrah yang tidak dapat dipisahkan mahupun dileraikan..
Ini hanyalah setitis dugaan, maralah kehadapan, nescaya bergunung-gunung cabaran yang akan menantimu dihadapan… rasailah kemanisannya selepas mu beramal..Itulah sebaik-baik kemanisan beramal, bagi yang ikhlas beramal..
Sama-samalah bermujahadah dalam beramal pada musim sejuk yang mendatang.....Ikhlaskanlah niat...
....Amin...
0 comments:
Post a Comment