Dirempuh motosikal...

>> Monday, October 19, 2009

Zahmah...pun zahmahlah...sampai pagi pun tetap sibuk...aku tetap melangkah masuk...hampir setegah jam aku berdiri...Alhamdulillah boleh juga aku duduk..itupun dah nak sampai, aku tetap bersyukur..


Apabila hampir sampai di Ataba...pada ketika itu bas masih lagi bergerak...aku berkeras untuk turun awal..kiri dan kanan pun aku tidak sempat lihat...sebaik saja aku melangkah keluar dari bas...aku tidak mendengar apa2 bunyi pun...apatahlagi ribut.....tiba-tiba sebuah motosikal merempuh aku dari belakang...aku terpelanting dua tiga kaki juga laa ...terkejut pun ada, sakit pun ada...Astaghfirullah..Allah, Allah, itulah kalimah yang keluar dari mulutku pada ketika itu....




Hanya Allah yang tahu....Alhamdulillah Allah masih lagi menyanyangi aku pada masa dan saat itu...hanya pingang yang terasa kebas-kebas sakit....Alhamdulillah ada juga arab yang simpati denganku..aku hanya sempat berkata ana quwais2...mafimuskilah, aku pun cepat2 tinggalkan tempat kejadian...hanya Allah yang aku ingat pada saat itu...kemalangan kecil ini mengigatkan aku,...bahawa maut akan datang pada bila-bila masa sahaja....hanya kita yang belum mengetahuinya....maut sentiasa dekat dengan kita......



Jika Allah mengambil nyawaku pada saat itu, aku redha dengan ketentuannya...kepada Mu jualah akan ku kembali....mati ketika menuntut ilmu adalah salah satu mati syahid...Allah masih menyayangi diriku ini...

Firman Allah : Yang bermaksud: "dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa) ,tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". Al-Baqarah = 154

Nabi juga bersabda: “من قتل دون دينه فهو شهيد" Barang siapa yang terbunuh karena agamanya, maka dia adalah syahid
( Hadis RiwayatMuslim)


Hadis riwayat Anas bin Malik ra. :Dari Nabi s.aw. beliau bersabda : Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah kerana dia dapat kembali ke dunia bukan kerana untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Kerana ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.
( Hadis Riwayat Muslim )

Setiap ujian yang datang akan mendekatkan diri kita pada pemilik alam semesta ini...Aku bersyukur dengan ujian yang sekecil ini..berbanding dengan ujian yang menimpa saudara kita di Palastin...yang berjuang untuk agama dan tanah air dari cengkaman yahudi laknatulllah....


Sejauh manakah kita dengan Allah s.w.t ..........redhailah setiap ujian yang datang pada kita...kerana setiap ujian itu menunjukkan Allah sayang akan diri kita....





0 comments:


Seloka.....

" Allah besumpah demi waktu dhuha dan demi
malam apabila telah sunyi,
Sesungguhnya Allah tidak pernah
meninggalkan dan membenci hamba-Nya,
Kelak, Allah akan memberikan kurnian-Nya dan
hatimu pasti akan melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan bingun lalu Allah
melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan buntu lalu Allah
memberi petunjuk,
Dan dia mendapatimu dalam serba
kekurangan lalu Dia mencukupkan.."

Al-quran sentiasa diHati

Bacalah al-quran , penawar segala penyakit... Yang membawa kita kepada kehidupan para sahabat yg sentiasa dekat dengan quran... Penerang hati untuk kita sebagai umat islam... Pendokong untuk agama.. hujah keatas kaum kufar....
same2 lah kita mencari nur kehidupan dengan membaca quran...Amin.....

~Moga kasihkan kekal tersemai dibatas iman~

" Hiasilah dirimu dengan kebijaksanaan Aishah, Kekudusan cinta Rabiah, Ketulusan kasih sayang Khadijah, Kepewiraan Khaulah As-Syahidah.."

  © Hakciptaan Terpelihara The Professional Template by @ibnurusdeiy 2009

Back to TOP