Dirempuh motosikal...

>> Monday, October 19, 2009

Zahmah...pun zahmahlah...sampai pagi pun tetap sibuk...aku tetap melangkah masuk...hampir setegah jam aku berdiri...Alhamdulillah boleh juga aku duduk..itupun dah nak sampai, aku tetap bersyukur..


Apabila hampir sampai di Ataba...pada ketika itu bas masih lagi bergerak...aku berkeras untuk turun awal..kiri dan kanan pun aku tidak sempat lihat...sebaik saja aku melangkah keluar dari bas...aku tidak mendengar apa2 bunyi pun...apatahlagi ribut.....tiba-tiba sebuah motosikal merempuh aku dari belakang...aku terpelanting dua tiga kaki juga laa ...terkejut pun ada, sakit pun ada...Astaghfirullah..Allah, Allah, itulah kalimah yang keluar dari mulutku pada ketika itu....




Hanya Allah yang tahu....Alhamdulillah Allah masih lagi menyanyangi aku pada masa dan saat itu...hanya pingang yang terasa kebas-kebas sakit....Alhamdulillah ada juga arab yang simpati denganku..aku hanya sempat berkata ana quwais2...mafimuskilah, aku pun cepat2 tinggalkan tempat kejadian...hanya Allah yang aku ingat pada saat itu...kemalangan kecil ini mengigatkan aku,...bahawa maut akan datang pada bila-bila masa sahaja....hanya kita yang belum mengetahuinya....maut sentiasa dekat dengan kita......



Jika Allah mengambil nyawaku pada saat itu, aku redha dengan ketentuannya...kepada Mu jualah akan ku kembali....mati ketika menuntut ilmu adalah salah satu mati syahid...Allah masih menyayangi diriku ini...

Firman Allah : Yang bermaksud: "dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa) ,tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". Al-Baqarah = 154

Nabi juga bersabda: “من قتل دون دينه فهو شهيد" Barang siapa yang terbunuh karena agamanya, maka dia adalah syahid
( Hadis RiwayatMuslim)


Hadis riwayat Anas bin Malik ra. :Dari Nabi s.aw. beliau bersabda : Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah kerana dia dapat kembali ke dunia bukan kerana untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Kerana ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.
( Hadis Riwayat Muslim )

Setiap ujian yang datang akan mendekatkan diri kita pada pemilik alam semesta ini...Aku bersyukur dengan ujian yang sekecil ini..berbanding dengan ujian yang menimpa saudara kita di Palastin...yang berjuang untuk agama dan tanah air dari cengkaman yahudi laknatulllah....


Sejauh manakah kita dengan Allah s.w.t ..........redhailah setiap ujian yang datang pada kita...kerana setiap ujian itu menunjukkan Allah sayang akan diri kita....





Read more...

Jauh disudut Hatiku....

>> Thursday, October 15, 2009


Assalamualaikum untuk semua.....

Mentari berdiri tegak di atas kepala, aku tetap dengan niatku melangkah keluar mencari penawar untuk jiwaku yang belum sempurna tatkala usia semakin dimamah rakusan dunia....Bumi sekain hari ternoda dengan kerenah umat manusia yang begitu jauh dari rahmat Al-Quddus...


tubuhku yang letih, mata layu bagaikan khayalan di alam fana....aku gagahkan diri untuk mencari setitik ilmu dibumi ardu kinanah ini sebagai penawar yang belum sempurna untuk diri yang tidak berisi ini...


versiku pada kali ini adalah, aku ingin mencuba sesuatu yang ghadid...lain yang dirancang lain yang mendatang...aku tidak kisahlah, asalkan dapat kubawa permata umpama sejongkang emas yang boleh memberi sinar kehidupan...


Salamku berikan...Alhamdulillah Sheikh menerima seadanya.....maklumlah, munkin kali pertama kot Sheikh melihat aku....biasalahkan, awal2 perkenalan banyak persoalan, pertanyaan...hmmm..dan sebagainyalah...al..maklumlah kalam arab ammiah, ada yang aku faham...ada yang aku buat2 faham...( wak bijaklah katakan) kalau tidak susah untuk Sheikh terang panjang lebar...jadi aku pun ambik langkah kanan dengan angguk2 dan geling2 kepala...huuuu..


Aku pun mulakan bacaan, hmmmm....awal mukaddimah dah pun kena tegur...lain mcm je nei ...aku teruskan bacaanku...memang sah banyak yang kena diperbetulkan.. nampaknya banyak lagi yang perlu aku pelajari....

Aku bagaikan tidak berilmu, kosong, apabila setiap kalam yang aku baca akan ditegur oleh Sheikh..itu semua aku tidak kisahlah...meluntur buluh biarlah dari rebunnya...


Aku ditegur bagaikan kanak-kanak yang baru pandai merangkak....buakanlah baru pandai menerap...aku bersyukur kerna Allah masih lagi memberi peluang padaku untuk terus menerokai dan mencanaikan ilmu...


Aku sering dengar sahabat2 berkata, setiap Shiekh membawa manhaj yang berlainan....lain Sheikh lain pendekatannya.....begitu juga dengan Sheikh Ibrahim, Sheikh yang baru buatku....


Aku amat mengerti...diriku ini hanyalah botol yang tidak berisi, jika inginkan botol itu berisi mestilah mencari air untuk memenuhkannya.....samalah dengan diriku ini...perlu mencari dan terus mencari untuk memenuhkan botol yang tidak berisi ini...tidak cukup sekadar, membaca blog, isma' quran dan mengadap komputer...


Akanku teruskan mencari permta-permata yang belum kutemui...sehingga ia menjadi milikku suatu dimasa nanti..sungai tidak akan melimpah melainkan Allah menurunkan hujan....begitu juga dengan ilmu, tidak akan datang bergolek dimata melainkan aku melangkah mencari..tidak akan menjadi Alim seseorang itu, jika ia berpegang dengan satu ilmu...


Yang jauh dekat-dekatkan....yang dekat terus mengambilnya....berpeganglah akan ia sepertimana kita berpegang pada agama.....


Read more...

NIBIRU 21-12-2012 - Bencana Alam Terbesar

>> Sunday, October 11, 2009


Salam

Marilah kita same2 borkogsi dan muhasabah diri.....huuuu

Ust.Harun Din .. korang kenal kan?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye .... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak..

maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)


Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari).

Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi...so sama2 kita nantikan...



Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)


AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)


untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube(nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR


lain-lain artikel tentang kiamat.....


Kajian....ALLAH je mengetahui.. ..
Assalamualaikum .....

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah..... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...


* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke
bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi....
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....


* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa.....

Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....


* Wallahu a'lam. .. Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...


Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi.

Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Read more...

Baiti kena Ishlah Lagi???

>> Friday, October 9, 2009


Dengan nama Allah yanh Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

Salam sembah kesyukuran buat penguasa alam buana, tuhan pentakbir dan pencorak kehidupan manusia. Selawat dan salam junjungan tercinta Rasulullah. Pengorbananmu menjadikan nikmat islam dikecapi seluruh umat. Kepada pejuang-pejuang Islam seluruhnya, teruskan perjuangan walau di mana berada.




Seminggu telah berlalu, ahkirnya rumah ku kembali sediakala......beginilah kehidupan...tidak dapat lari dari masalah...ada saja masalah. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Salim @botak itulah gelaran yang kami beri pada roois sha'ah. Dia adalah pemilih rumah yang kami tinggal sekarang..huuu..

Abang-abang sineor ada kata.. Uncle Salim suka sangat baham duit kita orang....tiap-tiap tahun ada saja projek...tidak lain tidak... ishlah rumah lah? Dengan ishlah rumah dia akan dapat komisyen...hmmmmm...yang dedihnya kita orang yang kena bayar separuh??? Dia yang bayar separuh...Begitulah cara uncle salim tambah pendapatan... Kalau kita orang tak bayar~ jawab nya~ kena bar'rah lah..tidak pun..huuu..tidur tepi jalan lah...



Setahu saya, uncle salim nei kaya orangnya. Sebab sebelum ini dia pernah mengajar di Kuwait..Pensyarah di sebuah universiti Kuwait.... Dan sekarang pun dia masih mengajar, tapi mengajar sambilan kot...tahulah..heee.... untuk pengetahuan lah...kalau seseorang buleh bina sha'ah( rumah utk disewa) sememangnya kayalah orang tu>> termasuklah Uncle Salim<<<




Tahu ini sahaja sudah ada dua projek yang uncle salim buat....pertama~ tukar paip air... kedua mengecat rumah... hmmm.. yang sedinya uncle salim tak bagitahu pun kita orang untuk buat semua nei.... geram pun ada nei??? senang-senang je dia nak ishlah..kalau murah buleh je> saya tak kisah....yang pasti harganya mahal sangat...tidak munasabah langsung...


Tapi sekarang, uncle salim sekarang buleh dibawa berbincang...kita orang bagitahu kat dia, kalu nak buat apa-apa projek kena bincang dengan kita orang dulu.... tidak tahulah, buat mase sekarang dia hanya munganguk kepala nya....tandanya boleh lah kot...??



Saya mengharapkan moga-moga uncle salim akan berubah...tapi agak mustahil untuk dia berubah...kita tungu dan lihat sahaja...heeee>>>harap-harap adalah kebaikan uncle salim buat semua itu..



Read more...

Selawat Tafrijiyyah ( Selawat Merungkaikan Masalah )

>> Wednesday, October 7, 2009



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد

الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج

تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم

وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك


Maksudnya:

Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna keatas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. , yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan ahkir hayat yang baik dan dicurahkan rahmat, hasilkeberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu


Kelebihan&Khasiat selawat tafrijiyyah:


~ menghalau syaitan

~ menghancurkan sihir dan khianat manusia

~ merungkaikan masalah yang rumit&kebuntuan

~ sampaikan hajat

~ merawat penyankit yang tidak diketahui puncanya


Read more...

Jom Beramal ( Keutamaan dan Amalan Malam Jum’at )

>> Monday, October 5, 2009


Sebagaimana yang diketahui oleh umumnya umat Islam bahawa, malam Jum’at juga memiliki keutamaan yang paling istimewa. Sejauh mananakah kita memanfaatkan kelebihannya dan seterusnya melaksanakan amalan dimalamnya.. Itupun sebagian saja yang telah diketahui oleh umumnya kaum muslimin. Sama-sama lah kita mengamalkannya.......



SEKILAS TENTANG KEUTAMAAN MALAM JUM’AT DAN HARI JUM’AT

Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya malam Jum’at dan harinya adalah 24 jam milik Allah Azza wa Jalla. Setiap jamnya ada enam ratus ribu orang yang diselamatkan dari api neraka.

Dalam hadis yang mu’tabar, beliau juga berkata: “Sesungguhnya orang mukmin yang memohon hajatnya kepada Allah, Dia menunda hajat yang dimohonnya hingga hari Jum’at agar ia memperoleh keutamaan yang istimewa(dilipatgandakan karena keutamaan hari Jum’at).”


Imam Ali bin Abi Thalib (sa) berkata:
“Sesungguhnya Allah swt memilih Jum’at, lalu menjadikan harinya sebagai hari raya, dan memilih malamnya menjadi malam hari raya. Di antara keutamaannya adalah, orang yang momohon hajatnya kepada Allah Azza wa Jalla pada hari Jum’at Allah mengijabahnya, suatu bangsa yang pantas menerima azab lalu mereka memohon pada malam dan hari Jum’at Allah menyelamatkan mereka darinya, tidak ada sesuatu pun yang Allah tentukan dan utamakan kecuali Ia menentukannya pada malam Jum’at. Karena itu, malam Jum’at adalah malam yang paling utama, dan harinya adalah hari yang paling utama.”


Dalam hadis yang lain juga disebutkan:


Allah swt memerintahkan kepada Malaikat agar menyeru pada setiap malam Jum’at dari bawah Arasy dari awal malam hingga akhir malam: Tidak ada seorang pun hamba mukmin yang berdoa kepada-Ku untuk keperluan akhirat dan dunianya sebelum terbit fajar kecuali Aku mengijabahnya, tidak ada seorang pun mukmin yang bertaubat kepada-Ku dari dosa-dosanya sebelum terbit fajar kecuali Aku menerima taubatnya, tidak seorang pun mukmin yang sedikit rezekinya lalu ia memohon kepada-Ku tambahan rezekinya sebelum terbit fajar kecuali Aku menambah dan meluaskan rezekinya, tidak ada seorang pun hamba mukmin yang sedang sakit lalu ia memohon kepada-Ku untuk kesembuhannya sebelum terbit fajar kecuali Aku memberikan kesembuhan, tidak seorang hamba mukmin yang sedang kesulitan dan men derita lalu ia memohon kepada-Ku agar dihilangkan kesulitannya sebelum terbit fajar kecuali Aku menghi-langkannya dan menampakkan jalannya, tidak ada seorang pun hamba yang dizalimi lalu ia memohon kepada-Ku agar Aku mengambil kezalimannya sebelum terbit fajar kecuali Aku menolongnya dan mengambil kezalimannya; Malaikat terus-menerus berseru hingga terbit fajar.”

Read more...

Mari Ah nak pergi Jlan....

>> Saturday, October 3, 2009


Pagi-pagi lagi aku sudah keluar.....nak tahu kemana?....Baca ini punya cerita.....kisahnya sedikit sahaja....biasalahkan.. sebelum kita semua mulakan kelendar baru dalam diri kita...hmmm..maklumlah..kuliah pun sudah nak bermula....saya dan sahabat2 tercinta, keluar mencari keberkatan,barakah dengan menziarahi maqam2 Aulia', Sahabat2 Rasullullah, Ulama'2 , yang banyak berjasa dalam dunia penulisan islam.


Biasakanlah diri kita dengan meniziarahi maqam2. Keberkatan ada dimana-mana sahaja, kitalah yang menentukan, jika kita sentiasa mendampingi para-para Ulama' nescaya Allah akan memberi keberkatan yang Ulama' ada pada kita.....jika kita mendampingi selainnya...fikir-fikirlah sendiri.??

Saya menyeru untuk diri saya dan juga kepada semua.....biasakanlah diri kita dengan menziarahi maqam-maqam Para Aulia', Sahabat-sahabat Rasullullah, serta Ulama'-ulama'.....moga-moga roh keimanan, ketaqwaan yang ada pada nya membawa keberkatan pada kita semua...Amin.

Read more...

Seloka.....

" Allah besumpah demi waktu dhuha dan demi
malam apabila telah sunyi,
Sesungguhnya Allah tidak pernah
meninggalkan dan membenci hamba-Nya,
Kelak, Allah akan memberikan kurnian-Nya dan
hatimu pasti akan melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan bingun lalu Allah
melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan buntu lalu Allah
memberi petunjuk,
Dan dia mendapatimu dalam serba
kekurangan lalu Dia mencukupkan.."

Al-quran sentiasa diHati

Bacalah al-quran , penawar segala penyakit... Yang membawa kita kepada kehidupan para sahabat yg sentiasa dekat dengan quran... Penerang hati untuk kita sebagai umat islam... Pendokong untuk agama.. hujah keatas kaum kufar....
same2 lah kita mencari nur kehidupan dengan membaca quran...Amin.....

~Moga kasihkan kekal tersemai dibatas iman~

" Hiasilah dirimu dengan kebijaksanaan Aishah, Kekudusan cinta Rabiah, Ketulusan kasih sayang Khadijah, Kepewiraan Khaulah As-Syahidah.."

  © Hakciptaan Terpelihara The Professional Template by @ibnurusdeiy 2009

Back to TOP