Buatlah....pilihan...?

>> Monday, January 18, 2010




.....memang kita iginkan yang terbaik untuk dunia dan akhirat, namun kekadang pilihan kita itu merupakan ujian dan sering menjadi mimpi buruk kita.....

Pengunjung yang dirahmati Alah,


Memang hidup ini tidak kering dengan kesibukan yang tidak dapat dielakkan dan betapa pun kita mengurus waktu dengan sebaiknya namun kita masih lemah lagi untuk dapat mengurus seperti yang dilakukan para nabi dan anbiya’.

Justeru kelemahan inilah yang mengajar kita betapa perlunya kita sentiasa perbaharui niat agar apa yang kita buat semata mata dengan tujuan ubudiyah kepada Allah dan semestinya sebagai manusia kita sering gagal dalam melaksanakan masuliyah yang begitu banyak terpikul.

Sebab itu segala kerja buat kita harus kita mendahuluinya dengan awlawiyat yakni keutamaan, agar pilihan kerja yang kita buat itu menepati perencanaan mengikut susun atur yang baik dan sebagai hamba Allah segala perancangan dan susun atur adalah sebahgian dari ajaran deen ini untuk kita laksanakan agar kerja kerja yang kita lakukan menatijahkan kesempurnaan!

Kita yang membuat pilihan dalam hidup ini.

Jadi pilihlah yang terbaik.

Kerana sebagai mukmin biasanya kita mengunakan neraca Allah untuk membuat sesuatu pilihan!

Jika jalan dakwah ini adalah pilihan utama kita maka jadikanlah jalan ini sebagai sesuatu yang penting yang harus kita hargai dan buatlah sebaik baiknya dengan penuh jiddiyah dan iltizam dengan nya.

Laksanakanlah ia dimana saja kita pergi dan dimana saja kita berada kerana kalimah tauhid yang ingin kita tebarkan ini tidak mengira bumi dan angkasa. Tidak mengira masa dan tempat. Dalam susah atau dalam senang. Dalam tawa atau dalam rendaman airmata.

Renangilah lautan dakwah ini hingga kita sampai kepelabuhanNya.

Dan insyaalah kita akan mendapati sesuatu yang amat tenang dari hidup ini kerana hidup kita hari ini adalah hasil dari pilihan hidup kita kelmarin dan hidup yang kita buat esok adalah pilihan yang kita buat hari ini.

Marilah kita putuskan apa yang kita pilih tanpa ragu ragu asalkan apa yang kita pilih itu tidak menyalahi kehendak Allah yang kita cinta, kerana selalunya terdapat berbagai pilihan dalam hidup ini dalam apa pun situasi dan keadaan kita!

Kenapa kita harus takut membuat pilihan kerana didalam kehidupan kita, kita akan sentiasa menemui dua jalan seperti firman Allah:

.dan kami telah menunjukan kepadanya dua jalan,(jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan keburukan untuk dijauhi)

Dalam pada itu manusia ( memmilih jalan kebaikan ) merempuh masuk mengerjakan amal amal yang tinggi darjatnya disisi Allah )

[Surah :Al-Balad ]

Oleh itu jangan kita ragu ragu dalam memilih, dan takut gagal dalam memilih!

Seandainya hati kita amat cenderung kepada sesuatu pilihan itu, jangan kita lupa untuk memohon kepada Allah agar diberi kekuatan kerana ….

….orang yang sebenarnya berjaya adalah lebih banyak gagal dalam hidupnya justru kerana dia banyak mencuba dan bangun kembali.

Allah SWT telah menjanjikan kejayaan tanpa batas untuk kita semua dan raihlah dari janji Allah itu dengan apa yang disenangiNya!

Gantungkanlah cita cita kita setinggi langit kerana cita cita itu adalah doa dan sama sama kita berdoa untuk meraih kebahagiaan yang mendatang.

Read more...

Ingatkah kita......?

>> Monday, January 11, 2010




Daripada Abu Hurairah ra, Nabi bersabda: ‘Perbanyakkan mengingati perkara yang memutuskan kelazatan iaitu mati’

Banyak ingat mati tidak bermakna anda berhenti kerja, mengambil tempat di sudut masjid, membilang biji-biji tasbih sambil menunggu Malaikat Maut datang menjemput. Banyak ingat mati sebaliknya menjadikan anda memahami hakikat hidup dan menjadi manusia hebat di sisi Allah. Di antara faedah banyak ingat mati ialah:

1. Kurangkan rasa tamak haloba mengumpulkan dunia yang tidak bermanfaat untuk Akhirat. Jika kelihatan zahirnya dunia, tetapi ia membawa manfaat untuk Akhirat ia digalakkan.

2. Beri peluang sempurnakan tuntutan Tuhan yang belum selesai dan sempurna.

3. Cari bekalan sebanyak mungkin mengadap Allah.

4. Pendekkan angan-angan dalam perkara melalaikan dari Allah.

Ingatkan mati juga bererti ingat azab kubur dan nikmatnya kerana ia tempat persinggahan pertama selepas mati. Selamat di kubur, di Akhirat lebih mudah. Sengsara di kubur, di Akhirat bertambah berat. Ingatlah tempoh kita berada di alam barzakh jauh lebih lama dari tempoh kita berada di atas dunia.

Khulafa ar-Rashidin-Abu Bakar, Umar, Usman, Ali adalah orang yang biasa menangis di kuburan hingga membasahi janggut. Jiwa mereka lembut tetapi inilah orang yang tegas melaksanakan Islam dan keadilan ketika menjadi khalifah.

Jiwa kita sebaliknya... Tak pernah menangis di kuburan, jiwa kita keras tetapi kita sangat ‘berlembut’ dengan prinsip Islam sendiri sehingga menggadai Islam.

Read more...

Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan 2010. Apa petandanya?

>> Friday, January 1, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


Fenomena gerhana bulan separa telah berlaku Jumaat lalu, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi.

Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja.

Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.



Kita tidak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.



Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.



Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan tahun baru 2010 yang telah pun berlalu.

Read more...

Seloka.....

" Allah besumpah demi waktu dhuha dan demi
malam apabila telah sunyi,
Sesungguhnya Allah tidak pernah
meninggalkan dan membenci hamba-Nya,
Kelak, Allah akan memberikan kurnian-Nya dan
hatimu pasti akan melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan bingun lalu Allah
melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan buntu lalu Allah
memberi petunjuk,
Dan dia mendapatimu dalam serba
kekurangan lalu Dia mencukupkan.."

Al-quran sentiasa diHati

Bacalah al-quran , penawar segala penyakit... Yang membawa kita kepada kehidupan para sahabat yg sentiasa dekat dengan quran... Penerang hati untuk kita sebagai umat islam... Pendokong untuk agama.. hujah keatas kaum kufar....
same2 lah kita mencari nur kehidupan dengan membaca quran...Amin.....

~Moga kasihkan kekal tersemai dibatas iman~

" Hiasilah dirimu dengan kebijaksanaan Aishah, Kekudusan cinta Rabiah, Ketulusan kasih sayang Khadijah, Kepewiraan Khaulah As-Syahidah.."

  © Hakciptaan Terpelihara The Professional Template by @ibnurusdeiy 2009

Back to TOP