Teguran Shiekh..??

>> Wednesday, September 30, 2009



Shiekh berpesan pada ku selepas aku tasmi' quran...Ya muhammad.." anta kena banyakan membaca quran, anta akan jadi fakir jika kurang membaca quran" banyakan lah membaca quran. Begitulah pesanan Shiekh Murabbi Abdul Alim... Beliau amatlah faqeh dalam ilmu quran. Sama-samalah kita manfaatkan peluang ini.


Ya Allah berikan lah kekuatan padaku untuk istiqamah dalam melaksanakan setiap amalan kebaikan. Kau hindarilah padaku setiap amalan keburukan...Amin.


Hmmmm... sudah lama aku tidak bersama Shiekh, rindu betul dengan teguran Shiekh..huuuu. Satu teguran Shiekh boleh menyebabkan aku lupa, ayat apakah yang telah aku baca..hmmm.???. Kalau nak tahu cubalah baca dengan Shiekh...tahulah macam mana rasanya>>>


Alhamdulillah , aku bersyukur kerana Allah kembali memilih aku untuk bersama-sama dengan Shiekh. Aku bersamaShiekh hanyalah untuk memperbetulkan hukum-hukum tajwid, dan seterusnya mencari keberkatan ilmu yang ada padanya...yang mana begitu banyak lagi yang aku perlu pelajari.


Shiekh Murabbi amat menitik berat hukum tajwid dalam setiap hafalan anak didiknya....tidak hairan lah setiap kalam yang aku baca pastinya ada teguran. Teguran begitulah yang banyak membantu aku. InsaAllah akan ku jadikan ia ruting harian dalam diriku.....dalam kembara mencari Ilmu. Jom


0 comments:


Seloka.....

" Allah besumpah demi waktu dhuha dan demi
malam apabila telah sunyi,
Sesungguhnya Allah tidak pernah
meninggalkan dan membenci hamba-Nya,
Kelak, Allah akan memberikan kurnian-Nya dan
hatimu pasti akan melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan bingun lalu Allah
melindungimu,
Dulu kau dalam keadaan buntu lalu Allah
memberi petunjuk,
Dan dia mendapatimu dalam serba
kekurangan lalu Dia mencukupkan.."

Al-quran sentiasa diHati

Bacalah al-quran , penawar segala penyakit... Yang membawa kita kepada kehidupan para sahabat yg sentiasa dekat dengan quran... Penerang hati untuk kita sebagai umat islam... Pendokong untuk agama.. hujah keatas kaum kufar....
same2 lah kita mencari nur kehidupan dengan membaca quran...Amin.....

~Moga kasihkan kekal tersemai dibatas iman~

" Hiasilah dirimu dengan kebijaksanaan Aishah, Kekudusan cinta Rabiah, Ketulusan kasih sayang Khadijah, Kepewiraan Khaulah As-Syahidah.."

  © Hakciptaan Terpelihara The Professional Template by @ibnurusdeiy 2009

Back to TOP